Berita

PERBEZAAN SIKAP DAN PEMIKIRAN ORANG KAYA 
DENGAN ORANG MISKIN:

PERBEZAAN 1
Orang kaya percaya:    "Saya menentukan hidup saya".
Orang miskin percaya: "Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh buat apa-apa". 

PERBEZAAN 2

Orang kaya berusaha untuk menang.
Orang miskin berusaha untuk tidak kalah.

PERBEZAAN 3

Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya. 
Orang miskin mahu menjadi kaya.

PERBEZAAN 4

Orang kaya berfikir besar.
Orang miskin berfikir kecil.

PERBEZAAN 5

Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang.
Orang miskin fokus kepada halangan.

PERBEZAAN 6
Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya dan berjaya.
Orang miskin membenci orang kaya dan menganggap mereka adalah golongan yang jahat, menipu dsb. 

PERBEZAAN 7

Orang kaya bergaul dengan orang positif dan berjaya.
Orang miskin bergaul dengan orang negatif atau tidak berjaya.

PERBEZAAN 8

Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri mereka. 
Orang miskin berfikir negatif tentang jualan dan promosi.

PERBEZAAN 9

Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar dari masalah yang dihadapi. 
Orang miskin pula menganggap diri mereka lebih kecil dari masalah yang dihadapi. 

PERBEZAAN 10
Orang kaya sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima kasih.
Orang miskin kurang bersyukur dan kurang berterima kasih.

PERBEZAAN 11

Orang kaya memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan keputusan. 
Orang miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.

PERBEZAAN 12

Orang kaya berfikir kedua-duanya. Contoh, "Saya boleh kaya dan beriman". 
Orang miskin berfikir samada atau. Contoh, "Mesti pilih antara kaya atau beriman". 

PERBEZAAN 13

Orang kaya fokus pada jumlah nilai bersih mereka (Aset - Liabiliti  =  Nilai Nersih) 
Orang miskin memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.

PERBEZAAN 14

Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik.
Orang miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.

PERBEZAAN 15

Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka.
Orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang.

PERBEZAAN 16
Orang kaya bertindak walaupun takut.
Orang miskin membiarkan ketakutan menghalang mereka.

PERBEZAAN 17

Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu.
Orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.

Sumber: 
Secrets of The Millionaire Mind (T.Harv Eker)


RENUNGAN:
Cuba ubah pemikiran kita, InsyaAllah kehidupan kita akan menjadi lebih mudah, lancar, kaya dan bahagia.


Dipetik dari: 
Bloger seorang Sahabat
24/02/2013.. MELAKA..

No comments:

Post a Comment