Sirnorissan Engineering And Construction System (SECS) adalah syarikat milik Bumiputera dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) G1.
Penubuhan syarikat ini bertujuan memberi perkhidmatan kerja-kerja kejuruteraan, pembinaan dan juga pembekalan kepada pihak agensi dan jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, syarikat berkaitan kerajaan dan juga pihak swasta. SECS mempunyai kepakaran pengurusan yang terdiri dari pengarah dan ahli pengurusan yang berpengalaman luas dalam sektor Kejuruteraan Oiling Gas, Pembinaan Bangunan, Kilang, Perumahan, Jalan Raya dan kerja – kerja sivil yang berkaitan.
Matlamat syarikat adalah untuk memberi kepuasan kepada pelanggan dengan memaksimumkan Kualiti, Keselamatan dan Produktiviti dalam Industri Kejuruteraan dan Pembinaan pada harga yang bersesuaian, disamping memastikan projek dapat dilaksanakan dan disiapkan pada tahap yang terbaik, menepati piawaian kehendak undang-undang, selamat dan mesra alam.
Kami mengutamakan dan sentiasa memastikan keselamatan menjadi dasar utama syarikat dengan mengambil kira pelbagai sudut faktor keselamatan, alam sekitar, projek, produk, peralatan dan para pekerja agar projek terus berjalan lancar seperti yang dirancang.
